Bersabarlah...
Hmmm..
Dah lama tak menulis. Agak ah. Walaupun
ada beberapa posts baru, namun itu semua stock dulu-dulu, tersimpan dalam
draft. Terasa seperti nak curhat pula. Eheh. Terlalu banyak untuk dikongsi. Semakin
hari, semakin jauh berjalan, semakin penat, semakin letih. Makin pudar
semangat, luntur keinginan. Inisiatif sudah terkubur, makin hari makin menunggu
arahan dan seruan.
Dalam kalangan teman seperjuangan..
Dalam diri juga ada drama.
Dalam diri juga ada drama.
Bukan salah siapa-siapa. Salah diri la.
Namun saya kira, para da’ie hari ini
wajar diberi pujian. Yang thabat la. Kita semua, baik di mana sekalipun medan
amal da’wi kita, di kolej, di rumah, di kawasan kejiranan, di tempat kerja, di
pos mengundi, eh dan di taman bunga sekalipun punya cereka dan cerita
tersendiri. Punya halangan dan cobaan tersendiri. Yang mana tidak seorang pun
punya kelebihan atas yang lain mengikut tahap cobaan yang dihadapi.
Saya kagum pada yang tidak pernah lelah
bekerja, sudah berkedut pun wajah di muka, dah nampak dah urat-urat di leher,
tapi masih jaguh di medan. Biarpun banyak sebab untuk berhenti.
Saya kira kita semua, kalau melihat ke
segenap tempat dengan kaca mata dunia, kaca mata manusia biasa, kita punya
banyak sebab untuk tinggalkan sahaja mimpi ini. Banyak benar.
Bila lihat semangat perjuangan yang
tidak bertepi ini makin menyepi, saya persoal. Buat apa nak susah-susah. Member
rumah sebelah, hidup bahagia, goyang kaki sahaja. Hujung minggu layan movie,
pergi surau sekali sekala, petang-petang turun main, tak payah terhegeh-hegeh
kejar mad’u ke sini ke sana, hidup bahagia. Boleh juga ukir senyuman segaris di
bibir. Bahkan lagi bahagia.
Bila kita tengok rakan-rakan yang
keluar ramai-ramai pergi shopping. Singgah kedai makan mewah-mewah, buka port
lepak di sini sana, balik upload gambar masuk berita mukamuka, gelak tawa,
hidup sejahtera juga. Makan minum cukup, elaun masuk layan habis-habis. Carefree
gitu. Senang je hidup macam tu. Tidak cukup
wajar lagikah untuk kita semua berhenti melangkah, di titik ini juga?
Bila cakap pasal kewangan, kita inilah
yang terlebih berjaga-jaga. Nak beli itu nak beli ini, fikir dua tiga kali. Kadang-kadang
sampai fikir lima enam kali. Hujung minggu ini nak beli makanan time liqa’,
kalau aku belanja kat sini alamak minum air mineral jela adik adik aku. Hasrat di
hati kansel. Terkubur. Walau kasut futsal kegemaran, walau jam tangan idaman,
kita biarkan semua itu tinggal angan-angan. Tengok rakan sekelas, sekejap
tukar, tukar lagi. Dah penat tukar ubah pula. Mudahnya.
Yet, kenapa kita nak
terus stay?
Banyak benar sebab yang pada mata kasar
cukup relevant untuk kita berpatah balik.
Terlalu banyak.
Terlalu banyak.
Hujung minggu kita, sepatutnya
rehat-rehat. Siapkan assignment. Balik rumah berbakti pada orang tua. Pergi ke
pusat Bandar, lepaskan tekanan. Tapi tidak. Kita pergi masjid. Tidur bertilamkan
karpet nipis. Berdaurah. Sibuk aje. Mulalah kerja kursus berantakan. Haru biru
dibuatnya. Orang baca buku teks, kita sibuk nak bedah tafsir, sibuk nak belajar
buku fikrah. Padahal ambil jurusan tak ada kena mengena dengan agama. Mulalah diri
terabai. Misai pun tak sempat nak potong. Rambut serabai.
Orang lain kerja sama dengan kita, tapi
tak ada nak sibuk berpogram sini sana. Duduk rumah. Teman bini masak. Main lego
dengan anak. Tengok filem Hindustan di hujung minggu. Ada bonus tukar perabot
baru. Ini kita tak. Sikit-sikit kat luar. Sikit-sikit kat luar. Tak boleh ke
hidup biasa-biasa aje?
Lagi sebab.
Kalau ank ditulis, alamak selepas habis
kira undi pun belum tentu saya sudah habis tulis kesemuanya.
Inilah semua, alasan munasabah yang
patut kita pertimbangkan.
Buat apa nak susah-susah.
Buat apa nak susah-susah.
Tapi itulah.
Saya psiko macam mana pun, kita semua dah tahu. Itulah yang kita nampak bila melihat dengan kaca mata dunia, kaca mata orang-orang biasa.
Tapi kita dari dahulu lagi sudah
memilih, untuk jadi orang yang bukan biasa-biasa, tapi luar biasa. Kita melihat
dengan kaca mata Quran dan Sunnah. Kita bekerja untuk akhirat.
Selepas penat, berfikir dan merenung,
tiada yang lebih menenangkan melainkan ayatNya berbicara;
Dan
bersabarlah engkau bersama orang-orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang
mengharapkan keredhaan Allah semata-mata .....
Al Kahfi :28
Dan bersabarlah engkau..
Sabarlah wahai diri
Sabarlah wahai rakan
Sabarlah wahai rakan
Sabarlah ikhwah akhawat
Sabarlah untuk terus tinggalkan kemaksiatan
Sabarlah untuk terus berjuang
Sabarlah untuk terus berjuang
........dan janganlah
engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan
kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang kami ketahui
hatinya lalai daripada mengingati Kami, serta ia menurut hawa nafsunya, dan
tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran.
Al
Kahfi :28
Allahu...