Opportunity cost atau kos lepas
merupakan antara benda benda basics yang diajar dalam Principles of Economics.
Mengikut teori microeconomic,
The opportunity cost of a choice is the
value of the best alternative forgone, in a situation in which a choice needs
to be made between several mutually exclusive alternatives given limited resources.
Manakala menurut kamus New Oxford
American,
Opportunity cost is defined as the loss
of potential gain from other alternatives when one alternative is chosen.
Ok bunyi macam gempak. Pendek kata opportunity
cost ini ialah the best choice yang kita ada setelah kita buat buat keputusan
pertama dengan rational. (Err, kenapa tiba tiba je cakap pasal benda ni ?) Memandangkan
setiap daripada kita mempunyai sumber atau resources yang terhad, opportunity
cost merupakan satu alat bantuan untuk membuat keputusan dalam berbisnes
terutamanya.
Sebagai contoh, dengan bekal modal 300
ringgit Hadoya (bukan nama sebenar) ada pilihan untuk melakukan tiga jenis
kegiatan perniagaan, A, B, C. Setelah ditimbang dan dikira-kira pulangan bersih
bagi masing masing kegiatan ialah 200, 150, 11. Maka, keputusan paling rational
ialah untuk melakukan kegiatan A manakala opportunity cost nya ialah kegiatan B
yang worth 150.
Err, faham ke?
Atau contoh mudah, dengan tidur dua jam
di pagi hari usai solat Subuh sehingga tertinggal kelas, opportunity cost nya
ialah value dua jam lecture. (tapi dalam kes ini macam tak rational je pilihan
dibuat).
So ?
Ada satu lagi ilmu basics dalam
Principles of economics yang saya rasa perlu share kali ini iaitu absolute
advantage dan comparative advantage. Kedua-dua jenis advantage ini yang
akhirnya menatijahkan berlakunya trading atau perdagangan antara dua pihak
pengeluar. (rasa malas nak sambung, boleh Google sendiri tak?)
Ambil contoh Malaysia dan China,
keduanya mampu mengeluarkan dodol dan tempoyak. Err. Katakanlah. Malaysia mengeluarkan
2kg Dodol dengan satu ringgit cost dan 2kg tempoyak dengan dua ringgit cost. Manakala
China pula mampu mengeluarkan 2kg Dodol dengan harga 2 ringgit cost manakala 2kg
tempoyak dengan 2 ringgit cost juga.
Secara kasar, Malaysia mempunyai
absolute advantage ke atas kedua dua produk tersebut kerana cost pengeluaran
masing-masing lebih murah berbanding China. Namun China memiliki comparative advantage
untuk pengeluaran tempoyak kerana 2kg tempoyak di China opportunity costnya
hanya bernilai 2kg Dodol manakala 2kg tempoyak di Malaysia bernilai 4kg Dodol.
Err, faham ke?
Sila ulang baca.
Atas dasar ini, Malaysia dan China
patut bekerjasama dalam perdangan dua hala untuk mengeluarkan dodol dan
tempoyak. Malaysia sepatutnya focus kepada kepada pengeluaran dodol manakala
China focus kepada pembangunan industry tempoyak. Lapar pula..
Saudaraku,
Prinsip prinsip asas ekonomi ini
menggariskan panduan yang begitu mahal buat mereka yang beriltizam dengan kerja
kerja atau amal Islami. Sebagaimana seorang pedagang biasa, para duat juga
mempunyai kapasiti terbatas. Resources kita juga scarce atau limited. Kita tidak
mempunyai tenaga modal insan yang ramai, waktu yang terbatas, kewangan yang
terbatas dan banyak lagi kekangan lain.
Alhamdulillah, setelah ditarbiyah
bertahun lamanya Allah swt campakkan dalam hati hati kita perasaan untuk
menguasai segenap cabang dan peluang melakukan kebaikan. Kalau boleh semua
benda baik kita nak buat. Kita juga nak dakwah yang belum Islam. Kita juga yang
ingin beri makan kepada gelandangan. Kita juga ingin berada dalam misi membantu
Negara Islam yang lain. Kita ingin membantu mangsa banjir. Kita ingin ke depan
dalam politik, memimpin masyarakat. Kita ingin lakukan gotong royong bersihkan Bandar,
meraikan warga tua, membantu kanak-kanak bermasalah dan bermacam lagi.
Pendek kata semua benda baik kita nak
ungguli sesuai dengan seruan banyak ayat Quran yang memerintahkan kita untuk
berlumba lumba dalam kebaikan.
Berkesan sungguh tarbiyah halaqah
halaqah kita ini sehingga seakan kita mahir dalam segenap cabang kemahiran
hidup. Pendek kata, kita mempunyai absolute advantage dalam segala jenis amal
Islami.
Tetapi tahukah dikau wahai akhi,
Kita-kita yang lahir daripada rahim
tarbiyah ini mengerti sungguh bahawa ada amal-amal Islami yang boleh dilakukan
oleh semua orang dan ada yang tidak boleh dilakukan oleh semua orang. Mereka yang
lahir daripada hasil tarbiyah bertahun lamanya sepatutnya mengerti betapa kerja
mentarbiyah itu seharusnya sering menjadi agenda utama kita, menjadi agenda
yang mana kita habiskan keseluruhan resources yang kita ada ke situ.
Kita mungkin berkata, ah tarbiyah
memang agenda kita.
Tetapi betapa ramai dalam kalangan kita
yang sanggup berpenatan memimpin halaqah berbanding dengan kesanggupan
berpenatan melakukan demostrasi, flash mob dan seumpamanya, tanpa kita
memandang rendah usaha usaha terpuji ini. Berapa banyak pula duit yang
dilaburkan untuk agenda politik yang samar-samar itu berbanding dengan wang
yang diperuntukkan untuk program tarbiyah seperti daurah, qiyamulail, mukhayyam
dan sebagainya yang makin hari makin lesu ruhnya?.
Marilah melihat kesemua ini dari sudut
pandang orang yang faham akan urgensi tarbiyah, bahawa bukan semua orang mampu
melakukan kerja kerja tarbiyah. Orang awam diluar sana yang masing-masing
mempunyai naluri melakukan kebaikan mungkin boleh disalurkan resources mereka
untuk kerja kerja umum ini. Tetapi bagaimana dengan pentakwinan individu
muslim? Bagaimana dengan halaqah dan daurah kita?
Kerana, tiadalah berguna berterusan
melakukan amal-amal Islami sehingga pembinaan rijal dakwah dan individu muslim
terhenti dan terus dilupakan.
Mengapa tidak kita belajar berkongsi,
atau ‘berdagang’ amal dengan yang lain dengan memfokuskan kerja membina
mansusia kerana comparative advantage nya disitu. Tahukah kita dua jam masa
yang kita peruntukkan untuk demostrasi aman itu opportunity cost nya mungkin
memimpin satu sesi halaqah yang mana kesannya insya Allah berpanjangan jika
kita komited dan beriman dengan manhaj ini.
Sebelum merancang amal amal kita,
sebelum memilih untuk disalurkan ke mana sumber sumber kita yang terhad itu,
lihatlah, timbanglah opportunity cost nya, belajarlah menilai advantage nya
dari segenap sudut. Boleh jadi selama ini kita telah membuat pertimbangan yang
tidak rasional.
Setelah memahami konsep trading based
on comparative advantage ini, para da’ie tidak perlu cepat melatah jika ada
pihak yang belum faham akan agenda kita menempelak dengan kata-kata seperti;
“Sampai bila mahu usrah?”
“Usrah je memanjang, tak nampak pun
turun beri makan orang miskin”
“Tak kan budak budak ini nak terperap
je dalam bulatan merepek itu?”
Err.
Dan banyak lagi dialog sumbang yang
menguji prinsip kita.
Mari bermula di sini. Bak tema merdeka
kita tahun ini, di sini lahirnya sebuah cinta. Eheh. Memang tidak ramai yang
sanggup berterusan dengan halaqah, mencari jiwa dan jasad baru untuk ditarbiyah
kerana hasilnya yang uncertain, masanya lambat, perjalanan yang jauh dan tidak
popular. Tetapi jika kita benar benar beriman dengan kaedah yang telah
dipelopori oleh Rasulullah saw, maka usahlah bimbang.
Teruslah melangkah dengan keimanan yang
mendalam, kerja yang tersusun dan amal yang berterusan. Ketahuilah bahawa
daripada halaqah halaqah kecil itu kita ingin membangunkan peradaban dunia. Daripada
halaqah kecil itulah kita menggerakkan masyarakat, dengan senyap, perlahan,
bertahap dan tersusun.
Akhir sekali, theory atau principles
ini akan berhasil dan terpakai jika kita semua memaknai tarbiyah dalam konteks
yang sama. Kalau dari awal lagi kita mengiyakan bahawa flash mob pun tarbiyah,
konvo raya pun tarbiyah, suap gelandangan pun tarbiyah, maka saya harus
berlepas tangan dan memengsankan diri.
Well, dari segi bahasanya betul la.
Atau mungkin sebenarnya wasilah
tarbiyah yang digariskan imam al Banna sudah wajar dirombak?
Wallahu’alam.
2 comments:
peh setuju sangat. masyaAllah. moga Allah terus bimbing para duat yang ikhlas dgn amal terbaik buat al-haq ini
Very deep. Realiti barang kali
Post a Comment