Saturday, March 17, 2012

OH MELAMPAU !

Batu Pahat jauh ke tengah

Gunung daik bercabang-cabang

Buat jahat emangnye susah

Buat baik tersangatlah senang

Redup

Nyaman dan menyegarkan. Bunyi cengekerik cuba usha pasangannya kedengaran begitu jelas dari daun pintu rumah usang ini. Burung burung lebar berterbangan di atmosfera sana memerhatikan sisa-sisa makanan terbuang, gigih berusaha demi mencari rezeki yang halal. Anak-anak ayam berselerakan atas padang di halaman depan, menguis-nguis rerumput demi sesuap makanan. Begitulah gamaknya suasana desa yang damai lagi permai.


Lampu lampu jalan penuh setia membakar diri, menyuluhi ruang ruang berdekatan. Mesin mengangkut manusia beroda empat lalu lalang atas jalan, sebuk mengejar sesuatu yang belum pasti. Kelihatan di hujung desa beberapa wajah yang sudah dimamah usia, berjalan di tepian laluan berturap, bergegas ke ladang getah, bersiap siaga dengan pisau toreh. Wajah muram, kudrat tiada namun apakan daya, demi meneruskan kelangsungan hidup di bumi Sang Pencipta.

Alhamdulillah

Tiada kata seindah bahasa yang mampu mengungkapkan betapa banyaknya nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Seperti selalunya, ayat cliché, nikmay paling besar dalam sejarah peradaban manusia sejak lahirnya NabiAdam a.s yakni nikamt Islam dan Iman. Alhamdulillah. Betapa untungnya kita dilahirkan dalam keluarga Islam, mak bapak Islam. Agaknya jika mak kita dalam kalangan warga bermata sepet sama ada dari keturunan Korea atau China atau Jepun, Islamkah kita pada hari ini?

Fuh

Tidak dilupakan juga, nikmat tangan, nikmat akal fikiran, nikmat mata, nikmat hidung, ya Allah kalau nak disenaraikan, memang selepas Hari Gawai pun tak abihs. Bahkan jika kita menghitung nikmat Allah s.w.t, nescaya kita tidak akan terhitung. Tidak kiralah kita guna kalkulator secanggih mana hatta keluaran Toshiba sekalipun, kita tidak akan mampu, mesin mesin ciptaan manusia itu tidak akan pernah mampu untuk menghitung segala nikmat Allah s.w.t. saya bukan mengajak kalian untuk menghitung tapi ada baiknya jika sedar betapa kerdilnya kita ini.

Namun, berapa ramai antara kita yang tidak bersyukur akan hadirnya nikmat nikmat ini? Alangkah ruginya kita kerana telah menzalimi diri sendiri.

Tiap tiap bahaya atau kesusahan yang menimpa kita, tiada apa yang mampu kita lakukan. Banyak contoh yang boleh diketengahkan dan anda tahu semua itu kan. Pasti bila dalam kesempitan atau kesusahan, kita akan lebih dekat dengan-Nya, tetibe jadi baik, bermunajat kepada-Nya. Paling senang, sebagai seorang pelajar, memang dah jadi trend dan lumrah alam kebanyakan antara kita bila masuk musim peperiksaan mula la sibuk mencari tikar dan sejadah, mulalah kita sebuk membelek belek kitab yang diberi nama al-Quran. Eh, dan sekarang memang musim peperiksaan dan memang kena la point saya ini, peringatan untuk diri sendiri juga.

Tapi itu semua bersifat sementara.

Anda faham dan amat ahli dengan situasi berkenaan bukan?


Agaknya, apakah perkara pertama yang kita buat selepas melepasi ujian, dugaan dan cabaran dalam hidup itu? Tika mana kita ke panggung wayang untuk menselebret perkara tersebut, berapakah probability kita ingat pada Allah pada waktu itu? Tika mana kita menghabiskan masa di pot pot feveret remaja kontemporari yang kononya tempat untuk meredakan tension dan menenangkan hati yang berduka dan berlara, agaknya di mana kita letak Allah pada waktu itu. Masa kita sedang bersemangat menyokong manusia manusia sedang berebut rebut bola dalam perlawanan bola sepak, ada kita berganutng harap pada Allah tika itu?

Di mana perginya takhta Allah sebagai ‘illah’ dalam hati kita pada waktu itu?

Dan ironinya, setiap detik kita masih diberi peluang bernafas T___T

Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami, dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya,dia kembali ke jalan yang sesat seolah olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk menghilangkan bahaya yang menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan

(Yunus :12)

Dan siapakah orang orang yang melampaui batas itu?

Wallahualam.

No comments: