Tuesday, April 30, 2013

SABRAN 'ALA SABRAN


Bersabarlah...

Hmmm..

Dah lama tak menulis. Agak ah. Walaupun ada beberapa posts baru, namun itu semua stock dulu-dulu, tersimpan dalam draft. Terasa seperti nak curhat pula. Eheh. Terlalu banyak untuk dikongsi. Semakin hari, semakin jauh berjalan, semakin penat, semakin letih. Makin pudar semangat, luntur keinginan. Inisiatif sudah terkubur, makin hari makin menunggu arahan dan seruan.

Dalam kalangan teman seperjuangan..
Dalam diri juga ada drama.

Bukan salah siapa-siapa. Salah diri la.

Namun saya kira, para da’ie hari ini wajar diberi pujian. Yang thabat la. Kita semua, baik di mana sekalipun medan amal da’wi kita, di kolej, di rumah, di kawasan kejiranan, di tempat kerja, di pos mengundi, eh dan di taman bunga sekalipun punya cereka dan cerita tersendiri. Punya halangan dan cobaan tersendiri. Yang mana tidak seorang pun punya kelebihan atas yang lain mengikut tahap cobaan yang dihadapi.

Saya kagum pada yang tidak pernah lelah bekerja, sudah berkedut pun wajah di muka, dah nampak dah urat-urat di leher, tapi masih jaguh di medan. Biarpun banyak sebab untuk berhenti.

Saya kira kita semua, kalau melihat ke segenap tempat dengan kaca mata dunia, kaca mata manusia biasa, kita punya banyak sebab untuk tinggalkan sahaja mimpi ini. Banyak benar.

Bila lihat semangat perjuangan yang tidak bertepi ini makin menyepi, saya persoal. Buat apa nak susah-susah. Member rumah sebelah, hidup bahagia, goyang kaki sahaja. Hujung minggu layan movie, pergi surau sekali sekala, petang-petang turun main, tak payah terhegeh-hegeh kejar mad’u ke sini ke sana, hidup bahagia. Boleh juga ukir senyuman segaris di bibir. Bahkan lagi bahagia.

Bila kita tengok rakan-rakan yang keluar ramai-ramai pergi shopping. Singgah kedai makan mewah-mewah, buka port lepak di sini sana, balik upload gambar masuk berita mukamuka, gelak tawa, hidup sejahtera juga. Makan minum cukup, elaun masuk layan habis-habis. Carefree gitu.  Senang je hidup macam tu. Tidak cukup wajar lagikah untuk kita semua berhenti melangkah, di titik ini juga?

Bila cakap pasal kewangan, kita inilah yang terlebih berjaga-jaga. Nak beli itu nak beli ini, fikir dua tiga kali. Kadang-kadang sampai fikir lima enam kali. Hujung minggu ini nak beli makanan time liqa’, kalau aku belanja kat sini alamak minum air mineral jela adik adik aku. Hasrat di hati kansel. Terkubur. Walau kasut futsal kegemaran, walau jam tangan idaman, kita biarkan semua itu tinggal angan-angan. Tengok rakan sekelas, sekejap tukar, tukar lagi. Dah penat tukar ubah pula. Mudahnya. 

Yet, kenapa kita nak terus stay?

Banyak benar sebab yang pada mata kasar cukup relevant untuk kita berpatah balik.
Terlalu banyak.

Hujung minggu kita, sepatutnya rehat-rehat. Siapkan assignment. Balik rumah berbakti pada orang tua. Pergi ke pusat Bandar, lepaskan tekanan. Tapi tidak. Kita pergi masjid. Tidur bertilamkan karpet nipis. Berdaurah. Sibuk aje. Mulalah kerja kursus berantakan. Haru biru dibuatnya. Orang baca buku teks, kita sibuk nak bedah tafsir, sibuk nak belajar buku fikrah. Padahal ambil jurusan tak ada kena mengena dengan agama. Mulalah diri terabai. Misai pun tak sempat nak potong. Rambut serabai.

Orang lain kerja sama dengan kita, tapi tak ada nak sibuk berpogram sini sana. Duduk rumah. Teman bini masak. Main lego dengan anak. Tengok filem Hindustan di hujung minggu. Ada bonus tukar perabot baru. Ini kita tak. Sikit-sikit kat luar. Sikit-sikit kat luar. Tak boleh ke hidup biasa-biasa aje?
Lagi sebab.

Kalau ank ditulis, alamak selepas habis kira undi pun belum tentu saya sudah habis tulis kesemuanya.
Inilah semua, alasan munasabah yang patut kita pertimbangkan.
Buat apa nak susah-susah.

Tapi itulah.

Saya psiko macam mana pun, kita semua dah tahu. Itulah yang kita nampak bila melihat dengan kaca mata dunia, kaca mata orang-orang biasa.

Tapi kita dari dahulu lagi sudah memilih, untuk jadi orang yang bukan biasa-biasa, tapi luar biasa. Kita melihat dengan kaca mata Quran dan Sunnah. Kita bekerja untuk akhirat.

Selepas penat, berfikir dan merenung, tiada yang lebih menenangkan melainkan ayatNya berbicara;


Dan bersabarlah engkau bersama orang-orang yang menyeru  Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata .....

Al Kahfi :28

Dan bersabarlah engkau..

Sabarlah wahai diri
Sabarlah wahai rakan
Sabarlah ikhwah akhawat

Sabarlah untuk terus taat padaNya
Sabarlah untuk terus tinggalkan kemaksiatan
Sabarlah untuk terus berjuang


........dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati Kami, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran.

Al Kahfi :28

Allahu...

4 comments:

Inche gabbana said...

Tak nanges tapi basah.

Jazakallahu khair.

Ummu Fayyad said...

Indahnya sabar bagi mereka yang memahami ertinya.

naf-mri said...

Ambil mashaf. Buka surah an-Nisa', cari ayat 95. Allah nyatakan, berbeza seorang Mu'min yang duduk bersenang dan Mu'min yang berjihad. Ya, darjat. Terjebak dalam dunia DnT, persoalan2 sebegitu selalu menguji. Yakin, insya-Allah ada hikmah disebalik usaha kita yang 'lebih' dari orang lain tu. Allahu yusahhil.

Anonymous said...

itulah sabar dalam ketaatan
jzkk