Sunday, March 15, 2015

KJ : EXTERNAL FORCE





“Weh,” bahuku terasa ditepuk-tepuk.
                
“Wehhh,” kali ni bahuku digoncang-goncang. Ish,sabar Imad. Sabar.
                
“Weehhhhhhh,” cuping telinga aku ditarik. Bukan setakat tarik, dipulas-pulasnya hampir lumat. Ini dah lebih!
                
“Woi! Sakitlah! Kau nak apa?!” aku membentak perlahan. Takut nanti cikgu Normala pulak yang pulas telinga aku nanti.
                
“Heheh. Takdelah. Aku tengok kau tekun betul buat kerja. Saja je, tengah cuba try test kau  ni,” Razak di sebelah aku tersengih kerang.
                
“Banyaklah kau punya test. Aku cepuk satgi, lebam biji mata kang. Dah gi buat kerja sana,” aku kembali menyambung latihan yang cikgu Normala bagi tadi. Pasal Newton’s Law kot. Kalau tak silap lah.
                
“Eh. Kejap kejap kejap. Sebelum kau sambung jadi rajin balik, aku ada satu benda yang musykil lah. Sebenarnya aku dah duk terpikir dari tadi ni. Sejak cikgu Normala ni bagitahu pasal Newton’s Law lagi,”
                
“Apa yang nak dimusykilnya? Kau nak sangkal teori pakcik Newton ni ke? Kemain,” aku menggeleng kepala. Haish, macam-macamlah kau Razak.
                
“Haish, dok aih. Aku tengah comparekan, Newton’s First Law dengan hidup kita ni,” aku pandang Razak. Dia tengah main-main dengan janggut yang tumbuh tipis di dagunya. Ini kalau kena tahan dengan pengawas, memang licinlah dagu budak ni.
                
Tapi apa kena mengena Newton’s First Law dengan hidup pulak ni. Apa eh pakcik Newton ni cakap? Aku pandang nota yang aku salin tadi.

‘Newton’s First Law state that an object will remain stationary or moving in constant velocity, unless if there is external force acting on the object.’ *baca dengan british accent, bunyinya lebih menarik*
                
Apa kena mengena dengan hidup pulak? Ish.
                
“Aku tak pahamlah apa yang kau cakap ni. Cakap guna Bahasa Melayu tinggi boleh tak?” aku garu kepala. Bukan sebab ketumbir ke gatal ke. Tapi dah memang tabiat aku garu kepala, bila aku tak paham atau tak yakin dengan sesuatu benda. Macam statement Razak tadi. Aku tak paham.
                
“Ok. Aku nak kau bagitau aku. Apa yang kau buat dari dua hari yang lepas sampai hari ni. Mula dari kau bangun sampai kau tidur balik,” lain macam je Razak ni. Tapi sebab dia ni dah lama kawan dengan aku, aku ikutkan jela apa yang dia nak.
                
“Pagi, aku bangun, lepastu sarapan. Gi sekolah. Belajar semua. Lepastu tengah hari tengok TV. Petang main bola dengan kau. Malam, makan, tengok TV, homework lepas tu tidur. Esoknya, aku bangun. Sarapan. Gi sekolah. Tengok TV. Main bola. Makan. Homework. Tidur. Hari ni, err. Sama,”
                
“Kan? Kau tak rasa ke kita asyik ulang benda yang sama setiap hari. Kita bangun, makan apa semua. Gi sekolah, petang main bola. Malam, buat homework, lepas tu tidur. Lepas tu esok buat benda yang sama lagi, kan?” aku mengangguk tanda setuju. Dasyat jugak cara si Razak ni berfikir.
                
“Aku rasa kita ni macam robot lah Imad. Kita buat benda yang sama je setiap hari. Tunggu masa bateri habis je,” satu perkataan je timbul bila Razak cakap macam tu. Mati.
                
“Betullah apa yang kau cakap ni. Tapi apa kena mengena dengan hukum pakcik Newton ni pulak?” aku bercakap perlahan, sambil sesekali mengerling ke hadapan. Cikgu Normala masih bersemangat mengajar.
                
“Hah! Ni yang aku nak cakap kat kau ni. Si Newton ni cakap, an object will remain stationary or moving in a constant velocity. So, bila velocity constant, acceleration jadi apa?”
                
“Zero,” aku jawab pendek.
                
“Yes! Zero. Dia bergerak tapi takde acceleration. Bergerak tapi tak maju. Macam bergerak tanpa hala tuju. Tu lah kita sekarang ni Imad. Kita bergerak je, buat benda yang sama. Kita akan terus bergerak sampailah ada external force yang buatkan object tu accelerate. Dalam konteks ni kita untuk bergerak maju ke hadapan,”
                
“Tapi apa benda yang dalam hidup kita ni, bertindak sebagai external force?” aku mengerutkan kening. Fikir.
                
“Tu yang aku tengah musykil ni sekarang. dari tadi aku duk pikir,”
                
“Apa yang kamu fikir dari tadi ni Razak? Imad? Ada benda yang nak dikongsi dengan kelas?” aku pandang depan. Cikgu Normala dah bercekak pinggang dengan mata yang terjegil keluar. Kami hanya tersengih kerang.


Katakotak: Makin lama kita makin terbiasa dengan habit harian sebagai robot sampai diri kita sendiri tak sedar yang kita dah jadi robot sepenuhnya. So, kita kenalah cari external force tu. Tapi mana nak cari? *senyum senget sambil buat tanda aman*

-Arif Zulkifli

---

KJ ialah Karya Jemputan. Bukan Khairy Jamaludin --,


Arif Zulkifli merupakan seorang penulis muda yang sedang melonjak naik, selama ini bernaung dengan FIXI. Antara buku yang pernah dikeluarkan oleh beliau ialah 40 (Lihat sini; Buku40 ) Nantikan dalam masa terdekat Arif Zulkifli akan membuat penampilan julung julung kali menerbitkan buku bersama Inspector Saahab dan penulis lain yang akan diperkenalkan dari masa ke masa.

 (Photo By Google)

4 comments:

Muji Anto said...

forum lowyat

Anonymous said...

“Yes! Zero. Dia bergerak tapi takde acceleration. Bergerak tapi tak maju. Macam bergerak tanpa hala tuju. Tu lah kita sekarang ni Imad. Kita bergerak je, buat benda yang sama. Kita akan terus bergerak sampailah ada external force yang buatkan object tu accelerate. Dalam konteks ni kita untuk bergerak maju ke hadapan,”

Syaz Oneniy said...

Sebagai budak asrama,buat benda yang sama hari-hari memang dah jadi lumrah.Nampaknya lepas ni kena buat jadual extra activities kat kat asrama. :3

Inspector Saahab said...

-,,-"