Tuesday, March 13, 2012

HAMBA YANG FAIL

In the land of mystic and magic, the destiny of a great Kingdom rest to the shoulder of a young man, his name, Merlin!

Sangatlah tiada kaitan. Ni lah pengaruh panahan asmara Cik J yang masih tersisa dalam diri saya.

Ok tutup dulu kisah Cik J si pemangsa itu kerana hari ini ada isu yang ingin saya bincangkan. Sehangat hangat pisang goreng Mak Cik Kemisah di hujung Desa Pahlawan, hangat lagi isu ini. Sehangat hangat gossip yang digembar gemburkan di dewan Negara dan di parliament hangat lagi isu kita pada hari yang penuh bermakana dalam rekod dunia ini. Sungguh hangat dan panas, mengalahkan kehangatan luar biasa hot fm


So apakah?

Tertarik dengan satu entry yang begitu menggoncang iman dan nafsu, saya tiba tiba rasa terkesan yang begitu mendalam. Kalau boleh hendak sahaja hantukkan kepala ke dinding supaya kesilapan selama ini dimaafkan. Rasa diri telah melakukan sesuatu yang boleh jadi memberi kesan kepada ummat manusia selama tujuh keturunan.

Gagal dan memalukan.

Pernahkah antum semua terfikir akan satu tugas yang amat berat yang telah Allah s.w.t letakkan di bahu kita dengan penuh kepercayaan untuk menidakkan dan menundukkan keegoan setan setan yang enggan tunduk pada arahan Allah s.w.t supaya sujud kepada manusia pertama yakniAdam a.s ? Pernahkah ?

Ok ke tak ok nih? Kenapa muka blur je?

Baiklah.

[14] Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)”.

[15] Allah berfirman: “Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)”.

[16] Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;

[17] “Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur”.

Masihkah kau ingat sewaktu peristiwa ini mengambil tempat?

Cuba perhatikan betol betol. Saya berasa begitu kagum dengan semangat yang begitu cemerlang ditonjolkan oleh syaitan untuk menyesatkan keturunan Adam sehingga mereka berani berdialog dengan sebegitu kurang ajar dengan Allah. Walaubagaimana pun, bukan itu point yang hendak diketengahkan. Persoalannya mengapa Allah memepersetujui permintaan syaitan syaitan itu?

Pernahkah antum memikirkannya?

Allah telah memberi peluang kepada syaitan syaitan yang begitu bersemangat waja untuk menyesatkan manusia sehingga suatu tempoh yang hanya Dia yang tahu seolah olah Allah meyakini bahwa kita umat manusia, ciptaan sebaiksebaik kejadian mampu menepis, membanteras dan menangani godaan dan hasutan syaitan syaitan tersebut. Ibaratnya Allah telah meletakkakn kepercayaan yang tinggi pada kita untuk membuktikan pada syaitan syaitan itu bahwa kita adalah sebaik baik kejadian.



Ironinya apakah yang berlaku kini?

Di pihak manakah kita? Yang menang atau yang menggigit jari kerana malu tertewas sebelum sempat berjuang?

Bukankah kita telah menghampakan Allah s.w.t ? bukankah kita telah memalukan-Nya ? bukankah kita telah memalukan seluruh bangsa manusia kerana gagal berhadapan dengan cabaran dan rintangan tika mana berhadapan dengan syaitan syaitan itu? Apa kata anda? Lihat sahaja di sekeliling kita. Ummat yang hanyut. Hanyut bukan di lautan tapi di daratan.

Melihat akan realiti ummat masa kini, pasti jika kita mmapu melihat syaitan syaitan secara zahir, barang kali mereka sedang berparti siang dan malam meraikan kemenangan mereka menyesatkan kita. Boleh jadi mereka sedang ketawa terbahak bahak tatkala kita lengah dalam mengerjakan ibadah kepada Allah. Boleh jadi mereka melompat lompat kegirangan sambil menjerit hoyeahh bila mana kita mendekati perkara maksiat.

Gagal.

Namun perjuangan belum selesai. Bahkan hero hero filem Hindustan bangkit di saat darah mengalir begitu laju setelah dipukul dan ditibai oleh pengganas pengganas. Tapi kita perlu bangkit. Tidak boleh sekadar goyang kaki, hisap rokok, baham roti canai sambil layan lagu lagu kegemaran ramai. Kita tiada masa untuk bersenang senang bahkan kegigihan yang dizahirkan oleh para syaitan harus dicontohi.

Kita kena ingat,Allah dah bocorkan satu peristiwa yang akan berlaku di masa hadapan iaitu kemenangan Islam. Walau teruk mana pun umat Manusia sekarang,percayalah satu hari nanti, Islam akan menang. Kalau kita taknak menangkan Islam,Allah boleh hapuskan kita dan gantikan dengan kaum lain yang nak menangkan Islam. Allah tak rugi pun kalau kita tak beriman kepada Nya,bahkan yang rugi itu kita sendiri.

...Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.[47:38]


4 comments:

Abi Noah said...

haha.. saya yakin anda tunggu saya komen bukan inspekter sehab?
oh terima kasih. tidak dinafikan betul kata anda. tapi, apa tujuan anda tag saya di facebook dgn artikel ini ya? maksud saya, mengapa post ini yg terpilih? *ya, saya baca sampai habis dan saya teliti. heh?

Inspector Saahab said...

Abi Noah:

saya respek anda. rimas, menuggu komentar anda
HAHA

oh saya tiada niat mencederakan mana2 jiwa atau mengguris mana2 perasaan. cuma tetiba sahaj rasa teregdik gedik untuk tag nama anda pada post ini.

tiada niat tersembunyi.

wah anda baca kesemuanya ?
biar betik O___o

Abi Noah said...

dah agak. anda memang tergedik sudah. tapi takpe2, menggedik2, gedik berlemak. (diam2 ubi berisi)

ya, saya baca semuanya. termasuk lah tarikh kat bawah ni. =_=

Inspector Saahab said...

whoaaa.
haha
saya rasa anda layak menerima anugerah pembaca harapan negara ~_*

oh saje je, gimik. 2 3 minit satgi new updates :)