Friday, March 30, 2012

TIDUR YANG LENA

Sang rembulan berlegar-legar di singgah sananya sambil memerhati ketulan ketulan satelit yang mengintai penduduk Bumi secara haram. Bintang-bintang yang bertaburan di langit yang terdampar luas nun di atas sana berkerdip-kerdip bagai kunang-kunang seolah-olah ingin mengkhabarkan sesuatu yang tidak pasti. Bahasa isyarat yang digunakan tidak dapat ditafsirkan walau setelah merujuk dengan pelbagai jenis bomoh dan pawing hatta dari perkampungan orang original. Hoish, khurafat.

Awan berselerakan. Angin tidak bertiup aktif malam ini. Penat agaknya setelah seharian bekerja. Jumaat kembali lagi. Seperti biasa, remaja kontemporari menghabiskan waktu malam yang masih muda berpeleseran di muka bumi, bergelimpangan bagai kutu embun. Tiada hala tuju, tiada matlamat yang jelas. Hidup sekadar untuk berfoya-foya, sekadar memakan asap rokok yang selera tahap rendah, sekadar menunjuk belang di tengah jalan raya, sekdar itu sekadar ini, sekadar memuaskan nafsu yang tidak berkesudahan.


Sudah menjadi trend, perkara ini berlaku. Dan siapakah yang haru dipersalahkan?

Sesungguhnya kita mangsa keadaan.

Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu sebelum engkau mengikuti millah mereka. Katakanlah, ‘sesunggunya petunjuk Allah itulah petunjuk yang sebenarnya’. Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu tentang kebenaran telah sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah

(Al-Baqarah:120)

Sekarang anda sudah melihat apa yang dikhabarkan melalui al-Quran sejak sekian lamanya. Dan sekarang ayuh kita lihat kata-kata puitis yang dilontaarkan oleh seorang tokoh yang disegani dan disanjungi ramai dalam kalangan masyarakat Barat;

Sesungguhnya peranan kamu ialah mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam supaya ia menjadi satu makhluk yang tiada hubungan yang mengikatnya dengan akhlak yang menjadi pegangan semua ummah dalam kehidupannya

Kami mahu kamu mempersiapkan satu generasi yang selari dengan apa yang dikehendaki oleh penjajahan iaitu generasi yang tidak mengambil berat terhadap perkara-perkara yang besar, suka bersantai dan malas serta berusaha untuk mencapai kepuasan syahwat dengan apa cara pun. Apabila ia mengumpul wang, maka ianya untuk (melayani) kehendak hawa nafsunya dan ianya menjadi matlamatnya dalam kehidupan. Ia memperelokkan setiap benda demi memuaskan nafsunya.

Wahai para penyebar Kristian, apabila kamu lakukan perkara demikian, maka sesungguhnya peranan kamu itu telah sempurna dengan sebaik-baik cara.” - Samuel Zweimer, Ketua Missionari di sebuah Konferens Missionaris, Baitulmaqdis


Bagaimana perasaan anda? Berbau bau?

Atau rasa ingin terjun bngunan apartment anda?

Jika diperhatikan betol-betol dalam ayat al-Quran, perkataan millah digunakan dan bukanlah perkataan ad-deen. Apakah millah sebenarnya? Mengikut kepala otak saya yang tidak la begitu berilmu namun agak boleh dipercayai, millah ini berbeza daripada perkaatan ad-deen yang bermaksud agama. Agak terang dan bersuluh keduan-duanya dieja dengan berbeza namun bukan itu point saya ok, saya bukan nak melawak di sini ye. Eheh. Sebaliknya perkataan millah lebih merujuk kepada polar pemikiran dan gaya hidup.

Maka, dapat disimpulakan misi dan visi musuh-musuh Islam ini adalah untuk mengubah millah kita supaya sebiji, sebulat dan sesuara dengan millah mereka tanpa sebarang cacat cela mahupun mutasi. Begitulah tingginya cita-cita dan harapan mereka. Perkara ini telah diterangkan dalam al-Quran dan sudah menjadi sunnahtullah bahawa musuh-musuh Islam ini akan memerah keringat, bergolok gadai dan bermandi peluh demi memesongkan millah kita. Mengapa? Kerana mereka takut akan kehebatan ummat Islam, takut kegemilanagn dahulu kala kembali bertapak.

Sedarkah anda akan muslihat halus mereka ini ?

Tidakkah kalian melihat ke kiri dan kanan kalian bahawa millah umat Islam sedikit sebanyak telah terhakis dan mula menjurus ke arah millah Barat. Tanpa kita sedari kerana serangan ini begitu halus, teliti dan tersusun.

Bagaimana perancangan hebat mereka ini sudah menular masuk ke dalam minda kita, lihat sajalah bagaimana kita dihidangi dengan budaya hedonism yang melampau sejak kecil lagi. Kanak-kanak hari ini yang leka bertepuk tampar tanpa diberi garis panduan akan batas-batas lelaki dan permepuan, sungguh ingin dihadiahkan pelempang kepada mereka, namun bukan begitu caranya. Remaja-remaja yang hidup dengan muzik bagai isi dengan kuku. Menonton perkara yang tidak perlu bahkan aksi-aksi yang sangat tidak senonoh di kaca skrin baik TV mahupun laptop menjadi topic hangat perbualan bersama teman.



Dan semua perkara ini dijadikan terasa indah kepada kita.

Dari semasa ke semasa, mula la gaya hidup berubah. Dari segi feshennya, makannya sehinggalah pergaulan dan macam-macam lagi. Jika di tegur dan dipersoal akan hukum hakam, wajib haram ,pasti ada yang melenting dan menyifatkan perilaku mereka selari dengan arus modenisasi. Peh, jawapan yang begitu mantab.

Ada apa dengan feshen?

Ada apa dengan muzik?

Ada apa denga sukan yang melampau itu?

Ada apa dengan video-video tidak bertamadun itu?

Kononnya nak bertom-tom bak dengan kanak-kanak, hakikatnya perkara-perkara sebiginila mendidik minda anak-anak supaya terus mendokong budaya barat dan terus hanyut dek gelombang pemodenan. Dan hakikatnya, mereka ini Islam, aqidah yang sama cuma tiada ciri Islamik lagi dalam jiwa. Sebaliknya millah-millah barat menjadi ikon dan ikutan.

Nampaknya musuh musuh Islam telah pun bejaya dan kita telah jatuh rebah tersungkur dalam lena. Dan sampai bila kita akan biarkan minda kita ini dipenjara? Sampai bila akan terus berpeluk tubuh, berpeluk tangan dan berpeluk-pelukan? Ayuh keluar dari kepompong ini dan mulakan perjuangan.

Dakwah,itulah yang terbaik.

Tapi tidak semudah bertinta. Kita yang sedar ini, apa peranan kita?

Dan persiapkanlah segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah, musuh musuhmu dan orang-orang selain mereka yang amu tidak ketahui tetapi Allah mengetahuinya..

(Al-ANfal :60)

No comments: