Saturday, April 28, 2012

EPIC GILGAMESH

Dikala malam menyelimuti siang hari, sang bulan menampakkan dirinya. Berlegar legar di singgah sananya sambil menari nari keriangan. Sungguh elegan dan bergaya sambil memancarkan cahaya refleksi sang mentari yang sudah pun pulang ke rumah untuk berehat. Adapun tika itu bintang bintang bertaburan di seantero langit menghiasi pemandangan di hari gelap, sang bulan masih mampu menonjolkan kejelitaannya. Benarlah kata pepatah Melayu, sungguh indah bagai bulan dipagari bintang.

Apa kaitannya?

Ok merepek T__T

Tetibe sahaja terdetik di hati untuk berkongsi satu riwayat yang cukup agung. Sungguh epic dan Gilgamesh, mengalahkan hikayat Merong Mahawangsa. Bahkan jika difilemkan boleh jadi mengatasi kutipan hasil filem Titanic yang pada waktu dulu mendapat tempat di hati masyarakat antabangsa.

Tak sabar mendengar nye? Cerita nih boleh tahan panjangnye…sila bersabar


Dahulu kala di pinggir desa tinggal la seorang tua bersendirian tiada isteri dan tiada anak. Boleh jadi isteri beliau dah meniggal atau larikan diri, atau menghilang entah ke mana. Tak kesah lah, itu bukan pointnya. Kehidupan si tua itu agak normal, pagi keluar bersawah, pulang petang untuk berehat. Bersendirian sungguh membosankan. Namun dia sudah lali dengan kehidupan bujangnya itu bahkan dia kelihatan menikmati nya dalam kadar maksimun. Eheh.

Perpendikular dengan desa yang sama, di hujung sana terdampar sebatang kali. Airnya mengalir sangat laju dan suhunya sangat dingin. Sungguh sesuai untuk dijadikan port mandi manda anak-anak desa di kala penat seharian bekerja membantu ibu dan bapa memerah keringat di sawah masing-masing. Begitualah aktiviti rutin harian mereka. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kadang kadang dikais kais tapi tak dapat dapat nak makan. Sungguh daif.

Tatkala hari makin senja, maka pulanglah si tua itu ke rumah usangnya yang berdiri goyah atas sembilan tiang yang juga kelihatan rapuh. Namun rumah usang itu masih bersemangat berbakti kepada si tua hingga ke akhir hayatnya. Sebelum terus pulang ke rumah, si tua singgah ke sungai tersebut untuk membersihkan diri. Al maklumlah system perpaipan masih lagi dalam proses penambahbaikan waktu itu. So mereka akan mendapatkan bekalan air domestic di sungai tersebut.

Maafkan saya. Cerita sebenar adalah seperti berikut.

Terima kasih kerana membaca :)

******



Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai. Sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis. Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata,

"Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi;


"Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud,
"Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu.

"Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka.."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut.
Sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."

Berkata anak kecil itu,
"Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal. Tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis,
"Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa.
Maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

Subhanallah. Sila nanges sekarang T___T



Lihat sahaja disekeliling kita. Berapa ramai yang mendapat tarbiyah? Berapa ramai yang tahu akan tujuan hidup sebenar? Dan berapa banyak kerja yang kita buat untuk berkongsi kefahaman ini? Lihat di sekeliling anda wahai teman dan taulan. Lihat. Bagaimana dengan ibu bapa kita di rumah? Kakak-kakak dan abang-abang kita? Adakah kita ingin merasai nikmat kefahaman akan agama ini seorang diri?

Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka dan bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap memperlakukan segala yang diperintah.

(At-Tahrim 66:6)

Jari jemari saya tidak lagi mampu untuk menulis bait-baik kata.

Sama-sama lah kita fikirkan

9 comments:

CAnn said...

Your gimmick is so long! HAHA!

Anyway, yes cry now T.T

Inspector Saahab said...

CAnn : oh pardon me for the long and unnecessary intro

thanks for reading :)

~Wanney~ said...

ouuchhh... mmg menyedihkn..

p/s : amboii.. intro... pjg n mengsuspenkan.. hahaha.. nice try.. rs mcm pernah bc je psl ank kecil ni.. hehe.. nice entry btw.. penuh puitis pendahuluan anda.. ;P

Inspector Saahab said...

wanney : ah ha.

memang crite anak kecil in riwayat betol. benda yg sama je diulang ulang. sekadar memberi peringatan :)

semoga bermanfaat ^^

dah agak, part mengarut memang selalu tersyok dan terpanjang =.=

~Wanney~ said...

syok sdr lah katakan.. haha.. :P...
thx ats peringatan tu.. =)

Miss Yaya said...

:'(

Inspector Saahab said...

wanney : ahaks. terpalit ke btang hidung. eheh

okeh

Miss Yaya : chill chill. buat kerja. member mchangster tuh mungkin target utama. kongsi2 kan. hasil jd tak jadi lain cite, yg pnting ikhtiar kita :)

Anonymous said...

Mr N ;
Macam pena dengar nama epik Gilgamesh ni tapi ..kat mana eh?

Btw,nice story akhi.

Inspector Saahab said...

kitab orng hindu kot

buku teks sjrah form 4 :)