Friday, April 13, 2012

IKLAN SERANGGA PEROSAK

Raju Kumalarasari ( bukan nama sebenar) itulah nama yang tidak lagi asing dalam kalangan kami. Berbadan kecil tapi berbisa. Tuannya pendiam tetapi ada rasa. Bak kata pepatah, air yang tenang jangan disangka tiada jentik-jentik. Begitulah ibaratnya sikap Raju yang begitu komited dalam menjalankan tugas sebagai seorang pelajar tajaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara.

Pada suatu malam yang hening, Raju telah didatangi oleh sekumpulan pelahar lelaki yang berwajah bengis sambil membawa batang kayu hoki. Tika itu, sang rembulan sedang bermain sorok-sorok bersama gugusan bintang di langit sana. Serangga-serangga aktif malam sedang asyik beramah mesra dengan ahli keluarga masing-masing demi memastikan kemaslahatan ummah. Namun Raju dalam ketakutan dan keterdesakan. Kedua-dua lututnya bergetaran seakan ingin merempuh satu sama lain.

Dia kebingungan. Tidak mungkin mereka datang untuk membuat prank ke atasnya kerana hari lahirnya lambat lagi. Apa dah jadi? Soalan ini ditanya dirinya bertubi-tubi.


Ok, skrip diubah suai.

Skip. Skip. Skip

HAHA

Bikin anda panas bukan? Pernah sekali saya dan kawan-kawan sekelas mengadakan lawatan padang (field trip) bagi mengkaji struktur bumi dan ekosistem di kawasan padang berkenaan. Begitulah objektifnya, mengkaji. Namun hasil dapatannya saya pun binggung apa yang kami kaji. Apa-apa pun, bukan itu point yang saya hendak ketengahkan. Hendak dijadikan stori, kawasan yang terpilih setelah perbincangan dan perdebatan yang hangat berlangsung selama beberapa purnama dalam kelas, akhirnya kami ke pesisir pantai di Kota Bersejarah Melaka.

Setelah perjalanan mendaki jalan yang beronak lagi berliku, menyusuri sungai-sungai yang meliar dan bengkang-bengkok bagai ular kena palu, setelah titisan peluh terkahir menitip dengan penuh hemah dan waspada, akhirnya destinasi yang dituju terkunjung jua. Cantik. Pasir yang memutih menghiasi dataran pantai. Gelombang ombak yang sederhana ganasnya memukau mata memandang.

Kemudiannya, kami dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap orang diberi tugas masing-masing. Setelah tugas dilaksanakan dengan penuh berdisplin dan setelah hasil dapatan menuhi table-table kosong pada kertas manual, sesi membuang masa dan bertepuk tampar mula mengambil tempat. Diikuti sesi pose tahap maut dengan gaya yang berbeza-beza menyebabkan lensa kamera hampir retak kemeluatan. Heh.



Kawan-kawan yang lelaki sungguh asyik bermandi-manda membuatkan saya tidak senang duduk. Jika diikutkan hati hendak sahaja saya terjun bersama sambil mempamerkan gaya terjunan tahap professional yang saya kuasai setelah beberapa kurun berguru dengan Wu Mixia, tokoh terjun dari Negara China. Namun demi menjaga kesuciaan dan reputasi Muslimah Harapan yang saya sandang, niat yang bergelojak tadi saya kuburkan tanpa kompromi.

Saya mengambil peluang melayan perasaan yang berkecamuk sambil mendaki batu batan dan menikmati bayu laut di pesisir pantai. Tiba-tiba Raju Kumalasari menghampiri saya dengan wajah penuh tanda soal.

“Eh Balqis Rexora Safiah si Tokoh Muslimah Harapan Negara, boleh aku tanya kenapa si Kemisah dan Raina Ratna itu memakai stokin walhal berjalan dipesisir pantai. Perlukah? Tak berkulat ke kaki mereka nanti? ”

Tetibe je kan.

Itulah soalah yang diajukan kepada saya oleh Raju yang penuh dengan misteri melihat aksi dua lagi sahabat yang sedang melayan perasaan di hujung sana. Saya tersenyum. Soalan ini cukup mudah. Pasti saya akan menerangkan alasan yang kukuh dan membuatkan Raju bangga dengan kemampuan saya behujah.

Setelah dihurai begitu dan begini, seperti itu dan seperti ini akhirnya Raju akur dengan kewajipan kami kaum-kaum Muslimah untuk menutup aurat secara total walau di mana kami berada. Hujan emas di negeri orang, hujan tropika di negeri sendiri.

Setelah itu, dia memandang ke bawah dan bertanya

“Kenapa kamu tidak memakai stokin? Adakah kerana kamu penyandang anugerah Muslimah Harapan bulan ini? ”

T____T

T________T

************************



Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

(Al-Baqarah :208)

Agak membuang masa anda. Cerita stokin je pun. Namun, itulah yang saya pelajari. Itulah situasinya yang saya lihat dalam kalangan kengkawan baik di kolej mahupun di kampus. mereka yang tinggi ilmunya, belajar cukup mantap namun ada bab-bab yang mereka amik mudah. Malu pilu pabila dipersoal oleh yang bukan Muslim tentang percanggahan ini seolah-olah hukum dalam Islam boleh main pilih seperti hidangan Happy Meal.

Ramai dalam kalangan Muslimah yang memandang enteng akan perkara ini. Bahagian yang obvious dalam menutup aurat mereka jaga dengan penuh cemerlang dan menyifatkan tidak mengapa untuk bahagian-bahagian kritikal seperti memakai stokin. Aurat tetap aurat. Dan sampai bila kita mahu hidup dengan budaya mentality tidak mengapa?

Tidak mengapa, sekurangya-kurangnya kaki aku sahaja akan dibakar kelak?

Begitukah?

Buang la ego mu wahai wanita

Sesungguhnya ego Dia Maha tinggi.

Pesanan penaja, pakailah stokin/sarung kaki.

ok entry yang membosankan di suatu Jumaat yang hening 8)

6 comments:

FATIN NAZIRAH ASNAN said...

nice one. like sangat2. ramai wanita tidak menyedari konsep aurat itu sendiri. sekadar tahu kerana telah belajar tentang aurat dalam subjek Pendidikan Islam di sekolah tetapi tidak pernah memahami dan mengamalkan.

Inspector Saahab said...

Fatin : Inshallah. berpesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran

ayuh sebarkan bahagia :)
kongsilah kefahaman itu.

jazakillah atas kunjungan :)

Feilong said...

salam chakir :)

sangat suka post ni. tapi nama watak tu pjg sgt. berbelit lidah tcer utk menyebutnya.

isu ni mmg ramai pompuan tak tau. bila time solat, punya la check or suruh kawan check kaki nampak or terselak ke tak time solat. tapi, lepas solat, dia dah tak kisah kaki dia tu tidak ditutup.

bg tcer (ini dgr dr ceramah ust Azhar Idrus), tutup aurat itu wajib, bukan pakai stokin yg wajib. dan benda yg paling sesuai nk tutup aurat di bahagian kaki ialah stokin or sarung kaki yg tak jarang.

so, marilah kita sama2 sebarkan nasihat ini supaya kita dapat menyelamatkan Muslimah Harapan daripada azab api neraka...wallahua'alam

Inspector Saahab said...

Teacher : tcerrrrrr !:)
terima kasih kerana sudi melapangkan waktu bertandan di sini :)

ehem
memang watak itu sengaja dibelitkan nama dia. heh.

saya setuju. wanita tidak wajib pun pakai stokin. tak wajib pun wakai tudung. yg wajibnya berhijab, secara total. dan lantak pi la nak hijab dengan apa cara sekalipun hatta menghijab dengan kain guni. heh.

ayuh kita sebarkan perkara ini :)
yeah demi Muslimah harapan Negara :D

banyak lagi tcer post post lama. sudi-sudi la post komen :)

*kasi meriah*

Rashidah said...

Salam.. Baru terbaca post ni. Nak tnya, penulis pernah tak terjumpa pandangan mazhab hanafi tentang kaki wanita sbg aurat? Sy tinggal di Glasgow, UK dan rata2 masyarakat Muslim glasgow mengamalkan Islam mengikut pandangan Imam Hanafi kerana lebih sesuai dgn persikitaran disini, dan kebanyakan muslimah disini pun solat tanpa menutup kaki.

Sekadar berkongsi..
Jzkk

Inspector Saahab said...

Ukht Rashidah :

:)
waslaam alaik
jazakillah atas concern. saya menulis secara umum. jika saudari di sana berpegang pada mazhab Hanafi, maka saudari lebih mengetahui, jika boleh maka bolehlah.

ini boleh dijadikan contoh sahaja. ibrah tu yang kita ambil. bukan menulis untuk berbahas tentang mazhab mazhab yang ada :)

jazakillahukheir atas perkongsian :)