Wednesday, April 25, 2012

KALAU LUKA

Buka kipas kemudian bermukabuku sepuluh minit. Buka buku tengok content kemudian bemukabuku sepuluh minit. Buka peti amik air kemudian bermukabuku sepuluh minit. Sindrom apekah ini wahai manusia. Belek through the pages yang berkenaan kemudian bermuka-muka pula. Hi rumah, memang salah kau rumah.

Study yang sangat fail. Kau pun sama kan?

Eheh.

Untuk apa kita buat semua ni?

Saya tulis anda baca. Untuk apa? Perlu kah? Anda baca kemudian anda senyum. Saya tulis saya senyum. Kemudian off. Di mana signifikannya?


Dibaca-baca peringatan tapi masih gagal. Diberi pesanan tapi masih tewas. Tewas sebelum berperang. Aku sering menyerah kalah. Atau memang sindrom orang kita, terlalu menyopan. Tak pa lah, kasi chance hari ni je pun nak bergelumang dengan maksiat. Esok lusa kita berubah la. Sudah didelete kemudian kita install kembali. Bye-bye Cik J, hi-hi Puan K pula. Lepas ni apa?

L ? M ? N ?

Dan seterusnya.

Sampai bila kita nak hidup dalam level, tak pa lah? Sampai bila kita nak duduk bersenang lenang dengan frasa at least atau bahasa mudahnya sekurang-kurangnya. Sekurangnya aku dah pergi jemaah tadi, boleh la nak layan movie pula. Give and take bak kata orang rambut tak cukup vitamin. Eheh. Tadi aku dah baca quran empat juzuk, boleh la sekarang chill chill main game pula. At least dah buat wajibat amal tuh.

Heh, apakah?

Di mana silapnya?

Nampaknya ramai dalam kalangan kita, termasuk yang menulis empat kali lapan je belum faham dengan sepenuhnya ayat kegemaran ramai penjinak-penjinak dakwah yakni dalam surah Az-Zariat ayat lima puluh enam;

‘Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan mereka beribadah kepadaKu’

Eh bukan manusia kah kita ni? Habis tuh mana pergi ibadah kita? Dah lari tujuan ni. Ayuh kita renungkan balik. Kalau dah beli telefon untuk behubung kemudian telefon berkenaan rosak, yang tinggal apa fungsinya? Main game? Begitulah manusia, kalau dah diciptakan untuk beribadah, jadi abid kepada Allah Taala tapi tak buat, apa kesimpulannya?

Sia-sia


Kalau la kita faham betul betul ayat ni, tiada kerja lain Allah suruh kita buat. Tiada kerja lain selain beribadah kepadaNya. Sesungguhnya masa kita ada dua pluh empat jam sehari, tapi kta harus beribadah kepadaNya lebih daripada itu. Eh macam man tu? Dah buang tebiat ke kau? Kalau anda faham la. Tak ada masanya kita nak bersenang. Tak ada masa nak layan upin ipin. Teguk ais sambil gelak-gelak pastu tecekik waktu tengok powerf puff girl. Eheh.

Tertewas lagi

Di mana silapnya?

Dalam usrah kita kemain lagi. Baca hadis tang tang tung. Taddabur ayat tang tang tung. Mutaba’ah amal? Beres. Cemerlang. Boleh bagi anugerah anak usrah harapan Negara. Masuk bilik, berbungkus dalam selimut main game. Buka laptop, jerit sana sini huha huha. Pasang lagu melompat terhuyung hayang, nasib baik tak langgar kipas siling tu. Buka running man la, iron man la, super man la dan beraneka man lagi. Ni sapa suruh? Ada dalam surah mana?

*ouch di situ*

Di mana silapnya?

Kalau luka pasti sakit

Cuma ingat

Kalau luka pasti juga sembuh

4 comments:

giacomo lahsanova said...

BURN.. terbakar..ouch! Best post so far =)

Inspector Saahab said...

giacomo lahsanova : apekah? boleh cari nama yg lagi berbelit belit?

eheh. gurau manja di situ

jazakallah :)

teruskan usaha membaca !

Ketua Kelas Ekonomi Negara said...

Arghh.Running Man tu running man tu.Allah.Memang xda dlm Al-Quran.Memang Allah tak suruh.
*pengsan.

Anonymous said...

Paling terasa bab running man,tak tau mcm mne nk membendung diri lg :(