Monday, April 23, 2012

SEBELUM PERGI TAK KEMBALI


Kali ini saya akan menulis dengan penuh serius

Sesunguhnya saya seorang yang serius. Jika ada award untuk pemuda yang paling serius, sah-sah sayalah orang yang layak untuk anugerah tersebut. Dan saya masih serius.

Tepat jam enam pulu lima petang, Ahad, dua puluh dua April tahun dua ribu dua belas masihi, telefon kegemaran saya bergetar membawa khabar berita yang menggemparkan. Meja belajar di bilik bergegar-gegar seolah-olah berlaku gempa berskala ritcher tujuh perpuluhan lapan Sembilan. Ok, point di sini ialah meja belajar. Senyum sopan. Masih serius.

Pesanan ringkas dari seorang kawan, ringkasnya

Salam

Kakak kepada kawan kita binti bapak kepada kawan kita

Baru shaja menigggal pagi tadi

Sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah kepada rohnya

Semoga dicucuri rahmat



Terkesima sejenak. Mungkin beberapa jenak. Tiba-tiba tangan saya kaku untuk membalas pesanan tersebut. Bukan siapa pun si kawan tadi, seorang kawan sekolah yang jarang-jarang sekali kami bertegur sapa dan bersua muka. Tapi.. cukup di sini sahaja drama sekolah menengah antara saya dan dia. Aiwah.

Hendak dijadikan cerita, dan ini bukan cerita main-main. Pesanan ringkas tadi bukan prank ye. Saya serius ni. Ok hendak dijadikan cerita, usai solat Maghrib, saya pulang ke rumah lalu mencapai mushaf al-Quran beserta terjemahan yang besemayam di atas meja yang sama. Saya memulakan sesi taddarus serta taddabur, senyap-senyap sambil menghayati bait-bait ayat-ayat Allah itu. Kemudian, bacaan terehenti sejenak tatkala terserempak dengan ayat ini

Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan

(Al-Ankabut :57)

T___T

Ni kisah benar ye. Seolah-olah saya diberi amaran dan peringatan di situ. Mungkin kerana dua tiga menjak ini agak lari dari trek yang sebenar. Diulik keasyikan hidup di negeri dunia yang sementara. Kadang-kadang kita bercerita sana-sini, bergelak tawa huha huha, negeri akhirat kita letak ketepi. Dan peringatan ini datang tepat pada waktunya dan bukanlah suatu kebetulan kerana dalam Islam tiada konsep kebetulan.

Kemudian saya terus membaca ayat-ayat seterusnya. Persoalan yang timbul, bilakah giliran saya? Bilakah giliran kita?


Namun menyingkap persoalan ini, ada persoalan yang lebih besar. Apakah kita bersedia? Bukan giliran atau masanya yang perlu dihitung dan digembar gemburkan di sini. Masanya pasti tiba tidak lambat dan tidak cepat walau sesaat. Mati itu adalah sunnahtullah bagi tiap-tiap yang bernyawa. Saya sumpah terkesan kali ini. Apakah sudah cukup bersedia?

Maka saya tanya diri saya, apakah yang harus diri ini lakukan untuk betul-betul bersedia?

Kemudian ayat-ayat seterusnya memberi jawapan kepada pertanyaan tadi

Mungkin untuk lebih mudah ayuh kita sama-sama baca dan taddabur terjemahan surah Al-Ankabut ini.

Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, sungguh mereka akan Kami tempatkan pada tempat-tempat yang tinggi (di dalam syurga) yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah sebaik-baik balasan bagi orang yang berbuat kebajikan.

(yaitu) orang-orang yang bersabar dan bertawakal kepada Tuhannya

(Al-Ankabut :58-59)

Dan inilah yang harus kita lakukan. Inilah persediaan yang kita perlukan rakan-rakan sekalian. Beriman dan membuat kebajikan. Jika kita selesaikan keduanya nescaya tidak ada yang harus kita risaukan, bahkan yang menanti kita adalah tempat-tempat yang tinggi yang mengalir di bawahnya syurga-syurga.

Persoalan lagi. Beriman di sini pasti maksudnya beriman kepada Allah. Beriman kepada rukun-rukun Iman yang enam itu. Dan apakah ertinya membuat kebajikan? Kebajikan yang bagaimana? Sudah tentu bukan yang biasa-biasa. Jika kita lihat kebajikan ini sekadar bersedekah, berbuat baik, menjaga anak-anak yatim, memberi makan anak bini, maka apa bezanya kebajikan yang dilakukan oleh orang-orang kafir? Orang yang tidak mengenal apa itu Islam dan Iman.


Mereka pun membuat kebajikan. Tapi mungkinkah ganjaran yang disebutkan juga untuk mereka? Sudah tentu bukan kebajikan ini yang dimaksudkan, pada pandangan saya. Sebaliknya kebajikan yang dilakukan tika mana kita melaksanakan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini. Mengajak orang beriman kepada Allah. Menjaga kebajikan mereka dari segi berkongsi kefahaman tentang agama dan mentarbiyah mereka. Itulah selayaknya kebajikan yang menjanjikan syurga.

Dan dapat saya ringkaskan di sini, tidak lain tidak bukan persiapan yang terbaik untuk kita berhadapan dengan hari akhir nanti adalah dengan sabar dan tawakkal dalam menjalankan tugas hidup kita yakni sebagai seoang abid sepenuh masa kepada Allah s.w.t dan sebagai seorang khalifah. Ayuh kita perbanyak amal kebajikan kita dan tingkatkan iman kita dari masa ke masa.

Wallahualam.


7 comments:

Inspector Saahab said...

ASEEF T___T
mengalir di bawahnya *sungai-sungai*

~Wanney~ said...

terima kasih atas perkongsian dan peringatan ini.. sama2lah kita bertawakal dan melakukan kebajikan utk kesejahteraan dunia dan akhirat.. :)

Inspector Saahab said...

wanney : semoga faham, kebajikan kita lain.

inshaallah, sama-sama doa moga istiqamah

ejaanbiarbetol said...

*richter*

Inspector Saahab said...

ejaanbiarbetol : -.-

okfinethanksbye:)

Ketua Kelas Ekonomi Negara said...

Mati itu pasti.Allah :'(

Inspector Saahab said...

kematian adalah tazkirah terbaek :)