Friday, November 30, 2012

WONDER PET PUN BOLEH

Pernah tengok cerita-cerita kartun atau separa kartun adiwira? Of kos la kan. Saya pun. Once upon a time. Saya dulu peminat tegar cerita-cerita yang memerlukan imaginasi tinggi ni. Yela, semua plot cerita ini misinya adalah nak menyelamatkan dunia. Kagum weh. Kalau tengok ultraman tu seakan percaya bila raksasa datang menyerang, dunia dalam keadaan bahaya. Gelisah sekejap. Sekejap jela.

Banyak cerita berimaginasi dan bercita-cita tinggi ni yang mengambil tempat di rancangan televisyen tempatan. Sambutan hangat. Dan mendapat tempat di hati dan di sanubari kanak-kanak pra-matang. Kadang-kadang yang dah tua pun perasan kanak-kanak, join sekaki.

Antara yang berada pada rangking teratas adalah Power Rangers, Dragon Ball, Sailamoon, err, Ultraman, Maskid Rider dan banyak lagi. Tidak dilupakan juga kartun animasi adiwira tempatan seperti Kluang Man dan, err ok Kluang Man je kot.

Yela yela. Wonder Pet pun tidak boleh dilupakan.

 
Setiap benda ni kalau kita lihat dari sudut positif banyak ibrahnya. Cewah. Tapi saya tak nak cakap pasal ibrah cerita-cerita ni pun, kebanyakan ibrah ni adalah KBKK. Haha.  Kalau dulu anda belajar pendidikan rendah, saya pasti boleh sama-sama fikir-fikirkan.

Cuma, satu saja yang saya terfikir dan ingin kongsi bersama. Tak kisah dalam cerita mana-mana pun, walaupun misi mereka untuk menyelamatkan, dunia kot, daripada raksasa gorgon dan anasir jahat tahap gaban sekalipun, hero-hero nya tak ramai. Tak sampai satu percent penduduk dunia pun. Hoho.

Kenapa ek?

Kerana ragamnya memang begitu. Sebenarnya kita tidak memerlukan bilangan hero yang ramai, cukuplah sorang Tok Imam dan Tok Bilal untuk menjayakan misi kita. Eh.

Begitu juga dalam misi menaikkan balik martabat Islam untuk menyinari dunia sekali lagi dengan kalimah agung yang mensucikan Allah s.w.t. Kita tidak memerlukan bilangan yang ramai. Itu point penting.

Hal ini ada dikupas dalam buku al Muntalaq.;

Untuk menyelesaikan permasalahan dunia Islam hari ini, tidak perlu kepada berpindahnya bilangan yang besar dari mereka yang lalai dan menyeleweng kepada berpegang-teguh dengan Islam. Tetapi apa yang diperlukan ialah menyedarkan mereka yang sudah pun berpegang dengan Islam, membangkitkan kesungguhan mereka dan memperkenalkan kepada
mereka jalan amal dan fiqh da'wah.

Haa. Kan. Kalau kita lihat pada sejarah, kebangkitan Islam di zaman Rasulullah sekalipun, golongan awal yang popular dengan gelaran Assabiqun Al Awwalun tidak ramai, tapi mereka ni mahu dan mampu memperjuangkan Islam sehingga ke hari ini.

Maka boleh la kita buat kesimpulan kecil, boleh jadi penerbit kartun-kartun ni jugak belajar sirah ar Rasul dan menelaah buku Muntalaq. Eh.

Baiklah, sekarang kita bercakap bukan soal kuantiti tapi kualiti pendokong jalan da’wah yang didambakan. Mereka-mereka ni bukan calang-calang orang. So yang gi mana tu?

Saki baki orang-orang mukmin, bilangan mereka sudah mencukupi untuk menegakkan kebaikan yang kita cita-citakan, tetapi dengan syarat apabila mereka mengenali tajarrud
(menyerahkan diri hanya untuk Islam), zuhud terhadap dunia, menjauhkan diri
dari fitnah, sabar atas segala mihnah dan memahami seni memimpin ummat

Keratan di atas juga dipetik dari al Muntalaq.



So saki baki Mukmin yang diperlukan cukup cantik sekiranya mempunyai lima ciri-ciri yang telah disebut senaraikan.

Apa point sebenarnya ni? -_-

Kalau kita hari ini sudah mula berkecimpung dengan bendalah dakwah dan tarbiyah ni dan menaruh harapan untuk menaikkan balik Islam ke persada dunia, maka cuba kita nilai dan muhasabah diri kita. Sebelum kita gelar diri kita sebagai seorang da’ie yang mampu menegakkan kebaikan yang dicita-citakan, adakah kita telah capai lima ciri-ciri ini?

Huhu.

Perjalanan masih jauh. Tajarud. Tak mudah. Zuhud terhadap dunia? Peh lagi la tak mudah. Jauhkan diri dari fitnah? Hmm anda punya reaksi sendiri. Sabar? Ini lagi la. Tahu seni memimpin ummat? Ok ini mungkin boleh develop dari masa ke masa.

Soalnya, kita semua hendak menjadi pejuang Islam yang sebenar, tapi ironi, kita masih mampu berpangku tangan dan duduk bergoyang kaki. Ini belum lagi dikupas bab jahiliyah yang masih tersisa.

Perjalanan masih jauh.

Sekali lagi, bukanlah menulis untuk mematikan motivasi, Cuma sebagai peringatan buat semua. Dan of kos la, sebelum anda baca ni, sayalah orang yang pertama-tama membaca picisan ini.

Cikgu Bahasa Inggeris saya waktu darjah enam pernah pesan

“Goyang kaki senang. Tapi nak senang jangan goyang kaki ”

Ada kaitan tak?

Wednesday, November 28, 2012

CUKUP CUKUP LA SUDAH

Beberapa hari yang lalu saya dan beberapa orang ikhwah yang lain sempat keluar berfoya-foya, eh itu dulu. Silap perkataan. Saya dan mereka keluar menjalin ukhuwah dan menyemai kemesraan di bawah cahaya lampu kalimantang cewah bagi memenuhi aktiviti waktu cuti yang lapang dan mengerikan. Kami singgah ke sebuah mall di Bandar X. Harus dirahsiakan, nanti anda intip saya. Haha.

Sempat juga kami singgah membaling bola bulat yang agak berat itu untuk menjatuhkan pin pin tidak bersalah. Sejenis permainan yang saya kurang faham kenapa dikategorikan sebagai sukan, entah di mana hadaf dan sukannya. Apa-apa pun bukan pengalaman menjatuhkan kesemua pin mahupun peristiwa bola singgah ke longkang yang ingin saya gemburkan di sini.


 
Yang saya perasan, sesuatu yang agak menarik.

Sudah menjadi lumrah merokok adalah dilarang dengan keras dalam kawasan mall, bagi menghormati ketenteraman awam. Tapi agak menarik, boleh pula disediakan satu ruang khas untuk mat mat rokok tegar melampiaskan hawa nafsu rokok mereka di port sukan tadi. Lihatlah, betapa aktiviti jahiliyah mendapat pengiktirafan sedemikian rupa.

Sebenarnya benda ni, alah bisa tegal biasa.

Mungkin sebelum ini saya kurang peka. Masyarakat kita dah lama mendokong perbuatan jahiliyah. Aktiviti tidak bermoral sudah lama mendapat pengiktirafan di sekeliling kita. Kalau anda perasan, di setengah tempat, ada papan tanda, zon menutup aurat. Ironi. Seolah olah di zone itu sahaja aurat perlu ditutup. Seolah olah di luar zon berkenaan, dibolehkan membuka aurat. Seolah olah hukum hakam Allah, ada zon zon nya. Padahal seluruh bumi ini dan isinya adalah dibawah kekuasaanNya.

Lagi style kalau anda perasaan di alam maya ada certain paparan yang dilabel dengan nombor lapan belas (18). Entah. Apa motif. Bahan berunsur lucah, ganas terlampau dan ngeri terlalu, hanya untuk tontonan mereka yang sudah berumur lapan belas tahun dan ke atas. Aih. Seolah-olah bila dah capai lapan belas tahun, bolehlah senyum gembira kerana mendapat kelulusan menonton filem filem tidak bertamadun demikian.

Nampak tak permainan di situ.
Mulalah anak anak remaja kita yang tidak berdosa dan masih suci dicemari pemikiran mereka. Aku dah lapan belas tahun. Dah cukup haul. Aku boleh tengok hitu dan hini. Kau belum. Duduk senyap-senyap.

Ini yang berlaku sekarang. Kat Malaysia pula tu.

Malaysia ni saya kira macam ok. Medianya pun. Ada rangkaian televisyen menarik anak anak muda menjerit sana sini,bertom-tom bak la, berfantasial la, memanah bintang kecil la, dan sebagainya. Kalau nak listkan, gamaknya lepas kacau bubur as syura tiga belas kawah baru siap senarai. Ahha. Dan pada waktu yang sama, yang murninya kita ada program media seperti ustazah pilihan, imam muda, halaqah maya dan sebagainya. Harmoni gitu.



Tapi parahnya, reality semasa di Negara kita ini sangat bernanah.

Kalau sekarang ada bilik khas untuk perokok, saya tak hairan jika sepuluh atau dua puluh tahun lagi akan ada bilik bilik khas untuk mendadah atau berzina. Kalau sekarang ada zon zon menutup aurat, mungkin next time ada pula zon zon berpakaian. Maknanya di luar zon ni,anda paham paham la. Kalau sekarang ada label 18, boleh jadi angka itu akan menurun. Mungkin seawal usia 6 tahun dah diberi ‘pass’ untuk menonton paparan tidak bermoral di skrin skrin.

Tidak best dan tidak bagus. Best kot. Benda maksiat ni pada mata kasar nampak best. Tapi tak bagus.

Kalau kita semua tunggu dan lihat, baca dan komen, memang benda benda ini akan terus berlarutan dan kian parah. Macam orang sakit. Tak kisah la seramai mana doctor yang pergi melawat, kalau semua cakap je,tiada tindakan, kat situ jugaklah si sakit tu temui ajal.

Sudah masanya kita yang nampak ini bangkit dan jalankan tanggungjawab.

Cukup cukup sudah kita geleng kepala.

Cukup cukup sudah kita tuding jari

Cukup cukup sudah kita hentam orang tu orang ni

Cukup cukup sudah kita jaga tepi kain sendiri saje

Cukuplah

Boleh buat lagu ni.

Macam tu la. Merepek je kerja saya ni. Berharap. Kalau la orang kita boleh peruntukkan wang untuk bina bilik khas untuk menyedut asap rokok, sepatutnya lagilah boleh keluarkan wang bina tempat tempat khas untuk berusrah dan berbulatan gembira. Kalau akademi fantasia boleh mengambil tempat di tengah tengah mall, kita juga nak berdaurah di tengah tengah mall. Amazing bukan.

Angan-angan.

Akan sampai ke bulan.

In shaa Allah.